Jasad Penumpang Pertama Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui | BASARNAS, badan Search And Rescue Indonesia telah berjaya menemui satu mayat di Selat Karimata dan proses pemindahan menggunakan heli Super Puma sedang berlangsung.
Mayat ditemui dalam keadaan terumbang-ambing di Selat Karimata kira-kira jam 3.40 petang tadi, tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat.
Kerja menyelamat dilakukan seorang kakitangan BASARNAS yang turun menggunakan seutas tali.
Usaha menyelamat mayat agak sukar dilakukan kerana angin bertiup kencang.
0 comments:
Post a Comment